Saturday, 3 November 2012

GAYA SANGGUL TEPI TERGANTUNG RAMBUT KERINTING BERALUN PIN UP LONGGAR!!

Hai semua,hari ini nak kongsi juga gaya  sanggul tepi tergantung rambut kerinting menggunakan pin/klip rambut.Cara nya ringkas dan senang dipelajari.Gaya ini boleh digayakan kasual,dinner,party atau santai je..

Apa yang diperlukan ialah :


  1.  3 btg Klip rambut ( terpulang kepada ketebalan rambut seseorg,lagi tebal lagi banyak klip/pin)
  2. mousse 

Cara nya:

  • Twistkan rambut anda ke tepi begini..
  • kemudian klipkan rambut atau pinkan rambut andaa dari bawah  supaya huraian rambut diatas tidak akan jatuh. kemudian sapukan mousse dan gunakan teknik empuk dan huraikan guna jejari..Dah siap!

  • inilah hasilnya...Anda juga boleh letak hiasan bunga atau pin rambut yang cantek ditepi rambut anda utk menampakkan anda lebih bergaya..

SIMPLE,RINGKAS,CEPAT,
SELAMAT MENCUBA!!





https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Friday, 2 November 2012

Resepi Crispy Onion Ring

Trend sekarang kebanyakkan orang suka makan "fast food" kan?Haaa..hari ini nak kongsi resepi fast food yang sangat simple dan save budget..Asal bawang ada kompom beres punya..Crispy Onion ring ini boleh dimakan semasa  bersantai tengok tv,movie.Dekat  amerika syarikat ini merupakan salah satu makanan favourite masyarakat disana..Jom kita try..

Bahan-bahan :
  1. 2 biji bawang besar
  2. 7 sudu tepung gandum
  3. 2 sudu tepung jagung
  4. 1 sudu teh baking powder
  5. 1/2 sudu gula halus
  6. garam secukup rasa
  7. lada sulah/lada hitam
  8. 1/2 serbuk cili
  9. 1 biji telur
  10. 125 ml susu segar(apa susu asal segar.Saya guna susu HML)
  11. minyak masak untuk mengoreng
cara membuatnya :

  1. bawang besar dikupas kulit dan dihiris bulat setebal 1cm.(agak2lah ) dan leraikan menjadi gegelang.
  2. campurkan kesemua bahan kering diatas di dlam mangkuk dan kacau rata
  3. campurkan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit
  4. kemudian tuangkan susu ke dlm adunan tepung tadi dan kacau sehingga sebati
  5. panaskan minyak di dalam kuali kemudian celupkan bawang besar ke dalam adunan tepung tadi kemudian goreng sehingga kekuningan.jangan letak terlalu banyak bawang di kuali supaya bawang senang untuk diterbalikan.
  6. angkat dan toskan dan letak ke ats kertas serap minyak.hidang semasa panas ya..

                                                    
INILAH HASILNYA!                                                                


SELAMAT MENCUBA!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Thursday, 1 November 2012

AIS KRIM GORENG

Hari ini saya nak kongsikan simple resepi mengenai aiskrim.Memandangkan selalu sangat hujan maklum nak dekat musim tengkujuh nak try makan aiskrim  sejuk panas.Saya baru cuba tak sangka tersangatla SEDAP.hehehehe..

Bahan2: 
  1. 10 keping keping bread
  2. 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  3. plastik wrap( utk membalut roti)
  4. minyak untuk mengoreng
Cara-cara membuat :

  1. lembabkan roti dengan air( jgn terlalu lembab agak2 la ye)
  2. scopekan aiskrim ke atas roti 
  3. tekan acuan yang bulat ke ats roti tersebut..saya guna cawan plastik dijadikan acuan.pastikan roti betul bercantum supaya aiskrim tidak meleleh.kemudian balut dengan plastik wrap dan simpan dalam freezer 3 jam.
  4. selepas 3 jam keluarkan roti dari freezer dan goreng sehingga kekuningan.ingat pastikan minyak btl2 panas.Jangan goreng terlalu lama.sekitar  1 atau 2 minit dengan api sederhana.

                                                      scopekan aiskrim ke ats roti

                                                  tekan acuan bulat/cawan plastik ke ats roti

                                                        akan menjadi begini bentuk nya,,

                                          kemudian balut dengan plastik wrap/plastik makanan

                                                    SIAP DIGORENG DAH......YUMMY



selamat mencuba!!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

DAPATKAN GAYA RAMBUT CURLY DENGAN PENSEL/PEN!!!

Trend sekarang banyak perempuan suka rambut kerinting beralun kan..Kadang-kadang kita terpaksa berbelanja duit dekat salon utk mendapatkan temporary curl utk ke dinner,party,bersantai,perayaan dan macam2 lah..Hari ini  saya nak kongsikan sedikit tip utk mendapatkan rambut curl dengan mudah.
Hanya dengan pensel atau pen atau chopstick!!hehe..
Tapi terpulang kepada rambut seseorang,kalau rambut dia senang dibentuk x da masalah..1 jam pun dh boleh buka..30 minit pun dh boleh buka..tapi untuk rambut yang agak degil mcm pure lurus,rebonding payah sikit ye plu ambek masa yang agak lama 2 3 4 jam something..

Apa yang diperlukan :
pensel/pen/chopstick (terpulang kepada panjang rambut )
hairspray/mousee  utk mgekal kan curl tersebut..(x kra jenis apa)

Cara-cara ;

1. Bahagikan rambut anda.Kemudian ambil segengam rambut dan pen kemudian gulungkan rambut bersama-sama pen tersebut.Untuk mengekalkan rambut tidak jatuh selitkan pen tersebut ke dalam rambut..dan langkah yang sama diulangi juga..

  akan jadi macam ini..agak pelik kannnn??mcm org stress belajar kan..tunggu sehingga 3 jam...


2.sediakan mousse..ini yang saya guna..24 hour gerenti msh curl..dan tidak menyebabkan rmbut anda nampak kering..apapun mousse dn hairspray pun boleh..



3.kita tanggalkan pen dari rambut..dan huraikannnn guna jejari anda..


4..siap inilah hasilnya..



                                                              agak serabut sikit..sorry..
                                                           SELAMAT MENCUBA!!


https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Wednesday, 31 October 2012

Dapatkan gaya rambut kerinting beralun hanya dengan stoking.


Kini anda tidak akan bosan lagi mendandan rmbut.Hnya dengan menggunakan stoking anda dapat mgayakan rambut kerinting beralun.Tidak perlu lagi menggunakan "curling Tong".
Asal ada stoking pasti beres!hehehe

Apa yang diperlukan
  1. stoking(beberapa stoking,ikut rambut lah mkn bnyak mkn bagus)
  2. botol penyembur air yang diisi dengan air.
  3. Perapi rambut tanpa bilas.
Cara-caranya : 
  1. Isikan air dalam botol penyembur dan masukkan sedikit perapi rambut yang tidak perlu dibasuh dn goncangkan.
  2. sediakan stoking.(yang bersih yaaaaaaaaaaaa!!!)
  3. ambil segengam rambut kemudian gulungkan dengan stoking kemudian ikatkan.
gulung sehingga ke kulit kepala..

kemudian ikatkan.jangan terlalu ketat..

selepas 5 jam tanggalkan stoking dari rambut!!tengok dh kerinting dah..

Dah siapppp!!!!

SELAMAT MENCUBA!!!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Resepi Ayam goreng Bersalut Kuah Satay

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (digoreng) (dipotong saiz sederhana)
1/2 gula pasir
1/4 sudu besar gula merah
1 kotak santan
200gram kacang tanah (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk sederhana halus)
1 bungkus cili boh(kalau boleh cap ayam la sebab kebanyakkan cili boh masin hanya cap ayam ini yang x masin)
1 asam keping
Bahan utk kuah satay :
6 ulas bawang merah dan putih
seinci lengkuas
seinci halia
2 batang serai
(semua bahan diats dikisar)

Cara membuat :

  1. Goreng ayam sehingga kekuningan dan garing.kemudian toskan.
  2. kemudian utk kuah satay tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi termasuk cili boh.Tumis sehingga naik wangi.
  3. kemudian masukkan sedikit air,diikuti dengan santan, kacang tanah, asam keping,gula pasir dan gula merah.tunggu sehingga kuah tersebut menjadi pekat.masak dengan api sederhana takut hangus pula kuah sataynya.
  4. Apabila kuah satay siap gaulkan bersama ayam goreng tadi..
  5. Siap utk dihidang!


INILAH HASILNYA..
SELAMAT MENCUBA YA!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

CARA-CARA NAK BUAT BIG WAVY CURL MENGGUNAKAN BATANG DAUN UBI

Saya nak kongsikan tip2 yang save budget utk anda pergi dinner,bersantai,party or apa2 je la..cara dia sangat mudah dan ringkas..Kalau ada masa lapang boleh try la..kalau kita nak masak daun ubi mesti korang akn buang batang or tangkai daun ubi kan.haaa..adik2,kakak2,auntie,nenek2,kawan2..kita boleh kitar semula tangkai tersebut untuk membuat" BIG WAVY CURL" persis macam salon made...

Bahan2 : 
30 tangkai batang daun ubi kayu (ekot panjang rmbt,mkn panjang makin guna banyak lah)
klip rambut
sikat

Cara membuat :
  1. Bahagikan rambut dengan klip rambut.
  2. kita ambil tangkai daun ubi tersebut kita patahkan seperti "penyepit" kemudian ambil sedikt rambut yang telah dibahagikan tadi dan kita gulungkan rambut menggunakan tankai tersebut.Apabila nak mgekalkan gulungan rambut tersebut dari jatuh,masukkn tangkai tersebut di celah2 lubang tangkai tersebut.
  3. ulang cara tadi,setelah selesai tunggu sekitar 3 jam atau 4 jam..
 
RAMBUT MASIH DIGULUNGKAN BERSAMA DENGAN BATANG UBI

                       
                                   INILAH HASIL DARIPADA BUATAN DARIPADA BATANG UBI.
                                                  SELAMAT MENCUBA SEMUA...
                            


https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Tuesday, 30 October 2012

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: IKAN BERGEDIL

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: IKAN BERGEDIL: Resepi nie alternatif untuk sesiapa yang boring makan ikan kembung goreng ke sup ke..Jadi jom cuba masakn nie.Pasti senang untuk dipelajari....
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

IKAN BERGEDIL

Resepi nie alternatif untuk sesiapa yang boring makan ikan kembung goreng ke sup ke..Jadi jom cuba masakn nie.Pasti senang untuk dipelajari..tak apa kalau x pandai masak asal kita rajin masak kan..Jom cuba!


Bahan-bahan :
2 biji kentang (direbus dan dilenyek)
5 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isinya dan lenyek)(ikn lain pun boleh spt ikan sardin,ikan tenggiri)
3 ulas bawang putih & merah (dihiris nipis2 dan dicincang)
1 tangkai cili merah yg besar(dicincang)
2 tangkai daun sup
1/4 sudu lada hitam
garam secukup rasa
1/2 sudu serbuk ikan bilis (jenama knor tau pasti sedap)
1/2 gula
sebiji telur
minyak utk mengoreng

Cara membuat :
                              

  1. Gaulkan semua bahan di atas  dengan sedikit air kecuali telur sehingga sebati.
  2. ambil sedikit adunan dan kepal2kan membentuk bulat dan leperkan sikit.
  3. panaskan minyak dan pukul telur sehingga sebati
  4. kemudian celupkan adunan yang dikepal2kan bulat tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.
  5. sedia untuk dinikmati bersama nasi panas dan lauk-pauk yang lain.

INILAH HASILNYA
SELAMAT MENCUBA!!


https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: ONDE-ONDE MUTIARA

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: ONDE-ONDE MUTIARA: Masa cuti ke tak cuti ke boleh cuba resepi nie.onde2 ini dinamakan onde2 mutiara sebab onde2 nie bulat berwana putih sb kebanyakkan onde bny...
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

ONDE-ONDE MUTIARA

Masa cuti ke tak cuti ke boleh cuba resepi nie.onde2 ini dinamakan onde2 mutiara sebab onde2 nie bulat berwana putih sb kebanyakkan onde bnyak warna so nak tukar mood jadi putih.kalau bosan tak ada kerja jom la terjah dapur anda dan pelajari masakan-masakan yang ringkas ini..Kalau tak cuba macam mana nak tahu kan..Rugi kalau tak cuba..Ini resepi SAVE BUDGET..

Bahan-bahan :
1 paket tepung pulut
Air daun pandan secukupnya (kalau x da daun pandan boleh guna jus pandan sikit utk alternatif kan)
 2 sudu gula melaka (inti onde2)
Kelapa parut secukupnya.(digaul dgn sedikit garam dan dikukus terlebih dahulu utk mgelakkan basi petua ibu)
Air secukupnya utk merebus

Cara membuat :
  1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
  3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
  4. Panaskan air hingga mendidih
  5. Masukkan bebola pulut tadi.
  6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
  7. Gaul dengan kelapa parut.

SELAMAT MENCUBA!!!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: RESEPI AYAM PERCIK DE VALLE

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: RESEPI AYAM PERCIK DE VALLE: Bahan-bahan : paha ayam/ seekor ayam 1 sudu halba 6 biji wang merah (dikisar) 6 biji bawang putih (dikisar) seinci halia (diki...
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

RESEPI AYAM PERCIK DE VALLE


Bahan-bahan :
paha ayam/ seekor ayam
1 sudu halba
6 biji wang merah (dikisar)
6 biji bawang putih (dikisar)
seinci halia (dikisar)
2 batang serai 
1 kotak santan cair (dikisar)
15 biji cili kering(dikisar)
 seinci lengkuas (dikisar)
 garam (agak2 ikut selera)
 1 sudu gula
serbuk perasa(agak2 ikut selera)


Cara Membuat :
  1. Tumiskan semua bahan yang dikisar tadi tanpa minyak ok.Sebab ayam ada minyak tersendiri. 
  2. kemudian diiringi dengan santan,halba dan masukkan ayam kemudian masukan garam,gula,serbuk perasa.Masak dengan api sederhana dan sehingag rempah tersebut sudah pekat.
  3. Apabila sudah pekat dan sebati dengan ayam tersebut, terus dibakar dlm oven pun boleh di ats tmpat bbq pun boleh..jangan lupa tinggalkan sedikit rempah yg dimasak tadi utk menjadi sos ayam percik De valle anda..
SELAMAT MENCUBA SEMUAAAAAA!!!!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: WELCOME TO HOMEMADE SIMPLE RECIPES!!

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: WELCOME TO HOMEMADE SIMPLE RECIPES!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: CUCUR DURIAN

HOMEMADE SIMPLE RECIPE: CUCUR DURIAN: Sekarang dekat musim durian, kalau rasa dh tak nak makan tempoyak,isi durian jom la kita cuba buat CUCUR DURIAN!!!! BAHAN-BAHAN : 5 bij...
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

CUCUR DURIAN

Sekarang dekat musim durian, kalau rasa dh tak nak makan tempoyak,isi durian jom la kita cuba buat CUCUR DURIAN!!!!

BAHAN-BAHAN :

  1. 5 biji ulas durian (dilenyek)
  2. 3 cawan tepung gandum
  3. 1/2 gula
  4. 1 sudu kecil baking powder
  5. Minyak secukupnya untuk mengoreng
CARA MEMBUAT :

  1. campurkan tepung,durian yg telah dilenyek,gula,baking power.
  2. masukkan sedikit air
  3. gaul sehingga sebati..
  4. sedia untk digoreng,,
SELAMAT MENCUBA!!!

https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

WELCOME TO HOMEMADE SIMPLE RECIPES!!

https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

PANKEK PISANG

Untuk menikmati petang2 anda jom lah cuba resepi yang simple ini,cara nya simple saja..

BAHAN-BAHAN

  1.  1 Tepung gandum 
  2. 1 cawan susu cair/susu sejat 
  3. 3 sudu gula ( nak tambah suka hati ikut citarasa)
  4. 1 biji telur
  5. 2 sudu butter
  6. 1 sudu teh baking powder
  7. minyak utk mengoreng
  8. 2 bji pisang (dilenyek)
CARA MEMBUAT : 

  1. satukan tepung gandum dengan baking powder. kemudian bagi ruangan tengah utk meletakkan telur kuning yg diasingkan dri telur putih.Kemudian,masukkan susu,gula,pisang yg dilenyek dan gaul dgn rata.
  2. pukul putih telur sehingga kembang dah putih.(mcm buih sabun).kemudian masukkan telur putih yang sudah kembang ke dalam adunan tepung tadi.
  3. sebelum memasukkan butter ke dalam adunan tepung,cairkan 2 sudu butter tersebut.Apabila sudah cair masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga rata.
  4. sedia utk dimasak dengan mgunakan  sedikit2 minyak utk memasak dengan api yang sedehana..
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!
                                                             INILAH HASILNYA

https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391