BAHAN2 :
1 ekor ikan (tak kisah ikan apa pun)
1 labu bawang besar( dihiris)
4 ulas bawang putih( ditumbuk)
sebiji halia (ditumbuk)
1 inchi belacan ( cairkan)
2 ulas bawang merah (dihiris dan digoreng)
3 biji cili kering( dikisar) (kalau tak mau dikisar pun boleh rendamkan seketika mgunakan air panas n then dtumbuk)
2 keping asam keping
1 biji cili besar(dihiris sebagai hiasan)
2 btg serai (ditumbuk)
garam
serbuk perasa
gula
Cara membuat :
- ikan diperap bersama garam,serbuk perasa, gula,bawang putih,bawang besar,halia,cili kisar,serai dan asam keping .
- kemudian selepas diperap ikan tersebut disiram dengan air belacan yang telah dicairkan..
- selepas itu,kukus ikan selama 30 minit..
- selepas masak taburkan bawang merah yang telah digoreng td bersama hirisan cili segar td..
SELAMAT MENCUBA!!