Friday, 2 November 2012

Resepi Crispy Onion Ring

Trend sekarang kebanyakkan orang suka makan "fast food" kan?Haaa..hari ini nak kongsi resepi fast food yang sangat simple dan save budget..Asal bawang ada kompom beres punya..Crispy Onion ring ini boleh dimakan semasa  bersantai tengok tv,movie.Dekat  amerika syarikat ini merupakan salah satu makanan favourite masyarakat disana..Jom kita try..

Bahan-bahan :
  1. 2 biji bawang besar
  2. 7 sudu tepung gandum
  3. 2 sudu tepung jagung
  4. 1 sudu teh baking powder
  5. 1/2 sudu gula halus
  6. garam secukup rasa
  7. lada sulah/lada hitam
  8. 1/2 serbuk cili
  9. 1 biji telur
  10. 125 ml susu segar(apa susu asal segar.Saya guna susu HML)
  11. minyak masak untuk mengoreng
cara membuatnya :

  1. bawang besar dikupas kulit dan dihiris bulat setebal 1cm.(agak2lah ) dan leraikan menjadi gegelang.
  2. campurkan kesemua bahan kering diatas di dlam mangkuk dan kacau rata
  3. campurkan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit
  4. kemudian tuangkan susu ke dlm adunan tepung tadi dan kacau sehingga sebati
  5. panaskan minyak di dalam kuali kemudian celupkan bawang besar ke dalam adunan tepung tadi kemudian goreng sehingga kekuningan.jangan letak terlalu banyak bawang di kuali supaya bawang senang untuk diterbalikan.
  6. angkat dan toskan dan letak ke ats kertas serap minyak.hidang semasa panas ya..

                                                    
INILAH HASILNYA!                                                                


SELAMAT MENCUBA!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

No comments:

Post a Comment