Monday, 21 January 2013

IKAN KUKUS ASAM PEDAS BELACAN

Hari ini nak kongsi tentang resepi-resepi yang sihat..Mari la cuba masak resepi nie..Saya akan tunjukkan cara.Sangat cepat, mudah dan menyelerakan.yum yum.!!!



BAHAN2 :
1 ekor ikan (tak kisah ikan apa pun)
1 labu bawang besar( dihiris)
4 ulas bawang putih( ditumbuk)
sebiji halia (ditumbuk)
1 inchi belacan ( cairkan)
2 ulas bawang merah (dihiris dan digoreng)
3 biji cili kering( dikisar) (kalau tak mau dikisar pun boleh rendamkan seketika mgunakan air panas n then dtumbuk)
2 keping asam keping
1 biji cili besar(dihiris sebagai hiasan)
2 btg serai (ditumbuk)
garam
serbuk perasa
gula

Cara membuat :

  1. ikan diperap bersama garam,serbuk perasa, gula,bawang putih,bawang besar,halia,cili kisar,serai dan asam keping .
  2. kemudian selepas diperap ikan tersebut disiram dengan air belacan yang telah dicairkan..
  3. selepas itu,kukus ikan selama 30 minit..
  4. selepas masak taburkan bawang merah yang telah digoreng td bersama hirisan cili segar td..
SELAMAT MENCUBA!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Saturday, 3 November 2012

GAYA SANGGUL TEPI TERGANTUNG RAMBUT KERINTING BERALUN PIN UP LONGGAR!!

Hai semua,hari ini nak kongsi juga gaya  sanggul tepi tergantung rambut kerinting menggunakan pin/klip rambut.Cara nya ringkas dan senang dipelajari.Gaya ini boleh digayakan kasual,dinner,party atau santai je..

Apa yang diperlukan ialah :


  1.  3 btg Klip rambut ( terpulang kepada ketebalan rambut seseorg,lagi tebal lagi banyak klip/pin)
  2. mousse 

Cara nya:

  • Twistkan rambut anda ke tepi begini..
  • kemudian klipkan rambut atau pinkan rambut andaa dari bawah  supaya huraian rambut diatas tidak akan jatuh. kemudian sapukan mousse dan gunakan teknik empuk dan huraikan guna jejari..Dah siap!

  • inilah hasilnya...Anda juga boleh letak hiasan bunga atau pin rambut yang cantek ditepi rambut anda utk menampakkan anda lebih bergaya..

SIMPLE,RINGKAS,CEPAT,
SELAMAT MENCUBA!!





https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Friday, 2 November 2012

Resepi Crispy Onion Ring

Trend sekarang kebanyakkan orang suka makan "fast food" kan?Haaa..hari ini nak kongsi resepi fast food yang sangat simple dan save budget..Asal bawang ada kompom beres punya..Crispy Onion ring ini boleh dimakan semasa  bersantai tengok tv,movie.Dekat  amerika syarikat ini merupakan salah satu makanan favourite masyarakat disana..Jom kita try..

Bahan-bahan :
  1. 2 biji bawang besar
  2. 7 sudu tepung gandum
  3. 2 sudu tepung jagung
  4. 1 sudu teh baking powder
  5. 1/2 sudu gula halus
  6. garam secukup rasa
  7. lada sulah/lada hitam
  8. 1/2 serbuk cili
  9. 1 biji telur
  10. 125 ml susu segar(apa susu asal segar.Saya guna susu HML)
  11. minyak masak untuk mengoreng
cara membuatnya :

  1. bawang besar dikupas kulit dan dihiris bulat setebal 1cm.(agak2lah ) dan leraikan menjadi gegelang.
  2. campurkan kesemua bahan kering diatas di dlam mangkuk dan kacau rata
  3. campurkan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit
  4. kemudian tuangkan susu ke dlm adunan tepung tadi dan kacau sehingga sebati
  5. panaskan minyak di dalam kuali kemudian celupkan bawang besar ke dalam adunan tepung tadi kemudian goreng sehingga kekuningan.jangan letak terlalu banyak bawang di kuali supaya bawang senang untuk diterbalikan.
  6. angkat dan toskan dan letak ke ats kertas serap minyak.hidang semasa panas ya..

                                                    
INILAH HASILNYA!                                                                


SELAMAT MENCUBA!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Thursday, 1 November 2012

AIS KRIM GORENG

Hari ini saya nak kongsikan simple resepi mengenai aiskrim.Memandangkan selalu sangat hujan maklum nak dekat musim tengkujuh nak try makan aiskrim  sejuk panas.Saya baru cuba tak sangka tersangatla SEDAP.hehehehe..

Bahan2: 
  1. 10 keping keping bread
  2. 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  3. plastik wrap( utk membalut roti)
  4. minyak untuk mengoreng
Cara-cara membuat :

  1. lembabkan roti dengan air( jgn terlalu lembab agak2 la ye)
  2. scopekan aiskrim ke atas roti 
  3. tekan acuan yang bulat ke ats roti tersebut..saya guna cawan plastik dijadikan acuan.pastikan roti betul bercantum supaya aiskrim tidak meleleh.kemudian balut dengan plastik wrap dan simpan dalam freezer 3 jam.
  4. selepas 3 jam keluarkan roti dari freezer dan goreng sehingga kekuningan.ingat pastikan minyak btl2 panas.Jangan goreng terlalu lama.sekitar  1 atau 2 minit dengan api sederhana.

                                                      scopekan aiskrim ke ats roti

                                                  tekan acuan bulat/cawan plastik ke ats roti

                                                        akan menjadi begini bentuk nya,,

                                          kemudian balut dengan plastik wrap/plastik makanan

                                                    SIAP DIGORENG DAH......YUMMY



selamat mencuba!!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

DAPATKAN GAYA RAMBUT CURLY DENGAN PENSEL/PEN!!!

Trend sekarang banyak perempuan suka rambut kerinting beralun kan..Kadang-kadang kita terpaksa berbelanja duit dekat salon utk mendapatkan temporary curl utk ke dinner,party,bersantai,perayaan dan macam2 lah..Hari ini  saya nak kongsikan sedikit tip utk mendapatkan rambut curl dengan mudah.
Hanya dengan pensel atau pen atau chopstick!!hehe..
Tapi terpulang kepada rambut seseorang,kalau rambut dia senang dibentuk x da masalah..1 jam pun dh boleh buka..30 minit pun dh boleh buka..tapi untuk rambut yang agak degil mcm pure lurus,rebonding payah sikit ye plu ambek masa yang agak lama 2 3 4 jam something..

Apa yang diperlukan :
pensel/pen/chopstick (terpulang kepada panjang rambut )
hairspray/mousee  utk mgekal kan curl tersebut..(x kra jenis apa)

Cara-cara ;

1. Bahagikan rambut anda.Kemudian ambil segengam rambut dan pen kemudian gulungkan rambut bersama-sama pen tersebut.Untuk mengekalkan rambut tidak jatuh selitkan pen tersebut ke dalam rambut..dan langkah yang sama diulangi juga..

  akan jadi macam ini..agak pelik kannnn??mcm org stress belajar kan..tunggu sehingga 3 jam...


2.sediakan mousse..ini yang saya guna..24 hour gerenti msh curl..dan tidak menyebabkan rmbut anda nampak kering..apapun mousse dn hairspray pun boleh..



3.kita tanggalkan pen dari rambut..dan huraikannnn guna jejari anda..


4..siap inilah hasilnya..



                                                              agak serabut sikit..sorry..
                                                           SELAMAT MENCUBA!!


https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Wednesday, 31 October 2012

Dapatkan gaya rambut kerinting beralun hanya dengan stoking.


Kini anda tidak akan bosan lagi mendandan rmbut.Hnya dengan menggunakan stoking anda dapat mgayakan rambut kerinting beralun.Tidak perlu lagi menggunakan "curling Tong".
Asal ada stoking pasti beres!hehehe

Apa yang diperlukan
  1. stoking(beberapa stoking,ikut rambut lah mkn bnyak mkn bagus)
  2. botol penyembur air yang diisi dengan air.
  3. Perapi rambut tanpa bilas.
Cara-caranya : 
  1. Isikan air dalam botol penyembur dan masukkan sedikit perapi rambut yang tidak perlu dibasuh dn goncangkan.
  2. sediakan stoking.(yang bersih yaaaaaaaaaaaa!!!)
  3. ambil segengam rambut kemudian gulungkan dengan stoking kemudian ikatkan.
gulung sehingga ke kulit kepala..

kemudian ikatkan.jangan terlalu ketat..

selepas 5 jam tanggalkan stoking dari rambut!!tengok dh kerinting dah..

Dah siapppp!!!!

SELAMAT MENCUBA!!!!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391

Resepi Ayam goreng Bersalut Kuah Satay

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (digoreng) (dipotong saiz sederhana)
1/2 gula pasir
1/4 sudu besar gula merah
1 kotak santan
200gram kacang tanah (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk sederhana halus)
1 bungkus cili boh(kalau boleh cap ayam la sebab kebanyakkan cili boh masin hanya cap ayam ini yang x masin)
1 asam keping
Bahan utk kuah satay :
6 ulas bawang merah dan putih
seinci lengkuas
seinci halia
2 batang serai
(semua bahan diats dikisar)

Cara membuat :

  1. Goreng ayam sehingga kekuningan dan garing.kemudian toskan.
  2. kemudian utk kuah satay tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi termasuk cili boh.Tumis sehingga naik wangi.
  3. kemudian masukkan sedikit air,diikuti dengan santan, kacang tanah, asam keping,gula pasir dan gula merah.tunggu sehingga kuah tersebut menjadi pekat.masak dengan api sederhana takut hangus pula kuah sataynya.
  4. Apabila kuah satay siap gaulkan bersama ayam goreng tadi..
  5. Siap utk dihidang!


INILAH HASILNYA..
SELAMAT MENCUBA YA!
https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/campaigns/2554/photos/profile/Screen_Shot_2013-01-15_at_2.12.04_PM.png?1358230391